Apa ku rasa........

Assalamualaikum.. di sini kita membicarakan tentang luahan hati dan perkongsian segala perasaan umpamanya suka atau duka yang bercampur baur dalam kita melalui perjalanan hidup kita seharian dulu, kini dan selamanya.. Pengalaman mendewasakan dan gerak hati serta rasa yang kita alami hari ini pasti akan lebih mendewasakan kita dalam menetapkan visi masa depan yang lebih cemerlang.. Luahan rasa anda amatlah dialu-alukan..

Myspace Icons Myspace Icons Myspace Icons Myspace Icons Myspace Icons Myspace Icons Myspace Icons Myspace Icons Myspace Icons
Smiley with whip Ssshh Wink Smiley

welcome to my world, and thank you for your patronage, i hope you enjoy it..........

i hope you enjoy it.. and thank you for your patronage.. welcome to my world..
Sebelum anda melayari isi kandungan blog ini.. sebelum anda meletakkan sebarang komen, sila perhatikan gambar ikan-ikan yang berenang-renang di atas.. Ambil nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan.. rehatkan minda anda.. mungkin sedikit ketenangan akan anda rasai..


Sunday 8 January 2012

Assalamualaikum.. Segala-galanya menuntut kesabaran. Tak kira mengenai isu apa sekali pun atau pengalaman serta aktiviti yang kita tempuhi sepanjang hari, semua mestilah dilakukan dengan kesabaran. Begitu juga jika sekiranya kita menyentuh tentang perasaan. Rasa geram, kecewa dengan kegagalan dan sebagainya, sebenarnya harus ditangani dengan tahap kesabaran yang tinggi. Jika tidak, pelbagai perkara yang tidak diingini akan berlaku. Tindakan luar kawal akan mengakibatkan rasa geram dan kecewa yang lebih teruk dari yang dirasai sebelumnya. Oleh itu, berikan sedikit ruang dan masa untuk segala-galanya berjalan dengan lancar semula. Bak kata pepatah Inggeris, time heals. Masa mengubat luka. Dengan kehadiran Tahun Baru ini, saya ingin menguatkan azam, meningkatkan usaha, mengeraskan sedikit hati yang lemah dan mudah tercalar ini dan meneruskan perjalanan hidup selagi ada hayat dikandung badan dengan sebaik yang mungkin. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment