Apa ku rasa........

Assalamualaikum.. di sini kita membicarakan tentang luahan hati dan perkongsian segala perasaan umpamanya suka atau duka yang bercampur baur dalam kita melalui perjalanan hidup kita seharian dulu, kini dan selamanya.. Pengalaman mendewasakan dan gerak hati serta rasa yang kita alami hari ini pasti akan lebih mendewasakan kita dalam menetapkan visi masa depan yang lebih cemerlang.. Luahan rasa anda amatlah dialu-alukan..

Myspace Icons Myspace Icons Myspace Icons Myspace Icons Myspace Icons Myspace Icons Myspace Icons Myspace Icons Myspace Icons
Smiley with whip Ssshh Wink Smiley

welcome to my world, and thank you for your patronage, i hope you enjoy it..........

i hope you enjoy it.. and thank you for your patronage.. welcome to my world..
Sebelum anda melayari isi kandungan blog ini.. sebelum anda meletakkan sebarang komen, sila perhatikan gambar ikan-ikan yang berenang-renang di atas.. Ambil nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan.. rehatkan minda anda.. mungkin sedikit ketenangan akan anda rasai..


Sunday, 20 November 2011

Lagu

Tajuk : Rasa

Rasa.. ingin.. bertemu denganmu..
Rasa.. tiada.. terpaling indah..
Sewaktu denganmu..
Seperti dahulu..
Rasa.. ingin.. bercanda denganmu..

Haa.. haa..
Rasa.. ingin.. bernyanyi dengamu..

chorus :

Rasa.. pada siapa harus kucurahkan rasa..
Rasa.. inginku.. mengejar seribu bayanganmu..
Rasa.. adakah dikau turut merasakan cinta..
Rasa.. tiada daya.. kumenahan rasa dalam dada

Kau lah.. kurindu.. dengarkan coretanku..
Kau lah.. kucinta.. dengarlah..

Lagu/lirik : Ratna

Saturday, 19 November 2011

Syukur..

Hari ini cuti.. so ambil peluang ni untuk lepak di rumah, mengemas, memasak dan mengeratkan silaturrahim bersama ahli-ahli keluarga.. Sempat juga tadi menghadiri Majlis Perkahwinan anak Encik Rosli, Pegawai JPJ yang telah diadakan di Dewan Sempam Baru yang terletak di dalam kawasan perumahan tempat saya tinggal ni.

Berbalik kepada hal lepak di rumah tadi, rasa seronok sebenarnya sebab jarang juga dapat berada sehari suntuk di rumah. Selalunya sibuk dengan tugas seharian, aktiviti-aktiviti yang diceburi dan baru-baru ni berkursus di Bera.

Awal pagi bangun, mandi dan menyediakan sarapan. Nasi goreng sebagai menu. Nasi lebihan malam tadi masih banyak dan terasa rugi jika dibuang begitu saja. Nasi goreng campur ikan bilis, telur, cili padi dan sayur sawi memang dah jadi kebiasan. Ada juga roti dan sardin untuk sesiapa yang rasa nak makan sandwich. Selesai sarapan, mula mengemas. menyapu rumah, membasuh pakaian dan yang sewaktu dengannya.

Sambil mengemas, sempat juga berborak dengan mak. Mak saya sedang mengidap pelbagai penyakit dan sekarang mengalami kesukaran untuk berjalan kerana radang sendi yang agak teruk. Saya perhatikan dia agak murung, mungin kerana menahan sakit, tetapi bila diajak bersembang dia bertukar menjadi lebih ceria. Rasanya semua orang tak kira sakit ataupun sihat, memerlukan seseorang untuk dijadikan tempat meluahkan perasaan. Jika kita tidak berkomunikasi, kita akan terasa lemah semangat, jadi saya suka nak memberikan perhatian saya pada mak saya di saat dia memerlukan. Kita pun faham perasaan dia, mungkin beliau rasa tidak berdaya dan seolah-olah menyusahkan anak-anak. Tetapi sebenarnya tidak begitu. Saya terasa bertuah kerana berpeluang menjaga mak saya ketika dia sakit.

Ketika saya menaip post ini, mak saya yang sakit dan tidak bermaya pada awalnya pagi tadi, telah merasa cukup cergas untuk berjalan dan sekarang mak berada di Dewan Taman ini untuk menghadiri Majlis Bersama Wakil Rakyat. Mak ke sana berjalan kaki bersama seorang jiran. Syukur Alhamdulilllah.. Sebelum sakit, mak saya memang seorang yang aktif dalam masyarakat. Setelah berbulan-bulan tidak keluar rumah, hari ini ada perubahan yang besar di mana beliau nampaknya menjadi segar, sihat, kuat untuk berjalan, bersemangat untuk berjumpa dengan orang ramai dan untuk itu, saya merasa amat lega.

Ya Allah yang maha besar lagi maha mengasihani..Berilah kesihatan yang baik kepada ibuku. Sembuhkanlah penyakit yang dihidapinya. Panjangkanlah umur ibuku dan ampunkanlah segala dosa-dosanya. Hanya kepadaMu Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon.. dan sesungguhnya Kau lah yang maha pengasih lagi maha penyayang.. Amin Ya Rabbil alamin..

Friday, 18 November 2011

mutiara kata

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.. Tetapi mengapa tuhan menganugerahkan kita hanya sekeping hati? Kerana, tuhan telah memberikan sekeping lagi hati kita pada seseorang untuk kita mencarinya.. Itulah cinta.... Wink


Thursday, 17 November 2011

fungsi label dan cara memasukkan panduan blog

Fungsi label adalah untuk memudahkan carian artikel yang terdapat di dalam sesebuah blog. Setiap artikel hendaklah diletakkan label terlebih dahulu. Setelah diletakkan label, pergi ke design dan add a gadget dan pilih label. Ikut arahah seterusnya dan save.

D visit...

Lawatan baru-baru ini ke rumah Tuan Haji Abdul Latiff bin Merah, bekas Ketua PBTM Raub yang uzur kerana mengidap sakit jantung .. Lawatan sebagai salah satu Program ziarah Srikandi PBTM Raub dalam usaha untuk mempereratkan hubungan dan menjaga kebajikan ahli-ahli PBTM Raub.. Bergambar kenang-kenangan bersama Tuan Haji Latiff yang kini khabarnya telahpun beransur plillah.. Alhamdulillah..

Kursus.. Ohh kursus..



Berkursus selama 3 hari bermula dari 14 hb sehingga 17hb November 2011 bertempat di MKM Bera, Temerloh, Pahang..

Ianya satu pengalaman yang sungguh berharga, meninggalkan kesan yang mendalam dan banyak menafaat yang telah diperolehi sepanjang kursus ini.

Kepada sahabat-sahabat yang sama menghadiri kursus ini diharap dapat mengguna-pakai segala maklumat serta ilmu yang telah dicurahkan oleh 2 orang fascilitator iaitu Puan Nurshafiqah Mokhtar dan Puan Rosidah Rashid.

Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua "sifu" ini dan tak lupa juga kepada semua kakitangan MKM Wilayah Timur, Bera di atas segala kemudahan dan layanan yang mesra yang diberikan. Sememangnya anda adalah antara yang terbaik !! Wink

Sejenak bersama 2 orang pekak..

Ada 2 orang pekak.. Pekak A dan Pekak B..

Pekak A : Awak hendak pergi bandar ke?
Pekak B : Tidak.. Saya hendak pergi ke bandar..
Pekak A : Oh.. Saya ingatkan awak hendak pergi ke bandar..

Smiley

Wednesday, 16 November 2011

Mempelajari sesuatu yg baharu setiap hari.. hmm.. seronok sangat..



Memasukkan jam

1. Pergi ke jellymuffin.com
2. Klik time di bawah skrin
3. Skrin custom clock generator jam akan dipaparkan
4. Tukarkan rupabentuk jam
5. Klik copy di sebelah kod
6. Pergi ke blogger semula (bahagian design
7. Klik add a gadget
8. Pilih html/javascript9. masukkan title
10. Tampalkan koding yang telah di salin (klik kanan di kawasan kosong dan klik paste)
11. Klik save

Tuesday, 15 November 2011

Apa ku rasa..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dengan ucapan Bismillahhirrahmanirrahim.. maka tepat pada jam 12 tengahari Selasa 15 November 2011, saya telah berjaya mendaftarkan diri sebagai blogger dan seterusnya merealisasikan impian saya untuk mempunyai blog sendiri.

Tujuan saya sebenarnya hanya semata-semata untuk meriadahkan minda, mencuba meluahkan apa yang saya rasa di dalam saya melalui kehidupan bersama keluarga tersayang, rakan-rakan dan kenalan.

Anda adalah dialu-alukan untuk turut sama memberikan buah fikiran dalam setiap post yang akan diterbitkan di sini dan semua adalah dijemput untuk berkongsi pengalaman untuk panduan ktia bersama.. terima kasih